Buat insan yang paling istimewa dalam hidup aku... Insan yang paling aku cintai dan sayangi... Buat Mama ku, "Selamat Hari Ibu" ... Semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada Mama hendaknya...dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.insyaallah...Mama, terima kasih kerana bersusah payah membesarkan kami adik beradik...,melayan kerenah kami yang pelbagai..,dan merengek2 minta itu dan ini...kami tak akan pernah lupakan segala jasa mama dari melahirkan,membesarkan dan mendidik kami sehingga kini.....Mama, semoga Mama kuat mengharungi segala ujian dan dugaan hidup yang diberikanNya...dan Allah akan sentiasa bersama Mama....Kami akan selalu ada disisi Mama sehingga akhir hayat...We luvs u so much Mama...apakah sebenarnya, terbuku dikalbumu
apakah erti linang air mata dipipimu
ucapkanlah padaku, tak bisa ku rungkainya
rahsia yang kau pendam itu
aku hanya menduga, tidak mampu merasa
sebenar-benar perasaanmu
pengorbanan yang kau lakukan, untuk dewasakanku
hanya bisa ditanggung hati ibu
namun ku percaya, takkan terlerai kasih
ikatan ini takkan putus
telah kau telan lara dan terima segala
dugaan dan badai yg melanda